INFO KORPORAT

PENGENALAN

Rayyan Sinar Holding Sdn Bhd (RSHSB) merupakan syarikat yang dimiliki sepenuhnya bumiputra ditubuhkan pada 27hb Oktober 2010 oleh seorang Usahawan untuk berkongsi idea dan peluang serta mengembangkan skop perniagaan menuju kecemerlangan.

Rayyan Sinar Holding merupakan syarikat yang terlibat dalam bidang perkhidmatan terutamanya khidmat perundingan keusahawanan dan pengurusan perniagaan. Rayyan Sinar Holding turut bertindak sebagai Perunding Utama (Konsultan) yang bertindak memastikan segala aktiviti keusahawanan yang telah dirancang dan bakal  dijalankan menepati matlamat penubuhannya.

Rayyan Sinar Holding menyediakan khidmat nasihat secara teori dan amali kepada mana-mana bakal Usahawan baharu yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya sejajar dengan gesaan pihak kerajaan bagi meramaikan kewujudan usahawan bumiputra.

Rayyan Sinar Holding berazam untuk memberi khidmat yang terbaik kepada Usahawan dan pengguna dalam menggerakkan perniagaan ini melalui aktiviti pengiklanan, kempen kesedaran kesihatan, seminar perniagaan, bengkel produk, latihan yang berterusan serta kursus pembangunan perniagaan dan motivasi.

Rayyan Sinar Holding turut menyediakan khidmat pembekalan produk secara “Kontrak Kilang - OEM” dan menjadi medium pemasaran pelbagai produk hasil keluaran usahawan Bumiputra sedia ada untuk bersama-sama memberi sumbangan dalam memenuhi keperluan pasaran masa kini.

Bagi meningkatkan persaingan dalam bidang keusahawanan, Rayyan Sinar Holding telah menyediakan platform untuk bersama-sama membantu dalam melahirkan lebih ramai Usahawan baru yang dapat menyumbang meningkatkan sumber ekonomi negara.

Gelombang Transformasi terutama dalam bidang keusahawanan ini akan memberi kesan yang positif ke arah melahirkan Usahawan yang berilmu untuk bersama-sama berjuang dalam iklim perniagaan yang amat mencabar serta pesat berubah terutamanya di pasaran global.


MISI
Menjadikan Rayyan Sinar Holding sebagai inkubator untuk melahirkan Usahawan baru serta menjadi pusat kepada para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.  (One Stop Centre for Entrepreneur)


VISI
  • Mewujudkan satu gabungan usahawan baru yang dapat bekerjasama dan bergerak dalam satu platform.
  • Melahirkan  usahawan yang berilmu dan berkepimpinan serta mempunyai cara pemikiran global.
  • Mewujudkan rangkaian  usahawan yang bersatu dan berdaya saing dan mampu bersaing ke peringkat antarabangsa.
  • Mempraktikkan bahawa  dunia keusahawanan merupakan kerjaya yang profesional dan eksklusif.
 “ MATLAMAT YANG TEPAT DIIBARAT KUASA YANG AKAN MEMANDU DAN MENGAWAL PERJALANAN MENUJU KE PUNCAK KEJAYAAN ”

Fungsi Utama Penubuhan Rayyan Sinar Holding Sdn Bhd adalah seperti berikut :
  • Sebagai Perunding Program Keusahawanan
  • Mencetus Idea Untuk Membangun Dan Merealisasikan Prograkm
  • Bertindak Memantau Dan Mengawal Keseluruhan Perjalanan Program
  • Membuka Peluang Dan Ruang Untuk Program Selanjutnya
  • Menyedia Kemudahan Pejabat Untuk Program Keusahawanan
  • Menghimpun Usahawan Baru Dan Sedia Ada Dalam Satu Platform
  • Khidmat Nasihat Keusahawanan
  • Berkongsi Peluang Perniagaan
  • Melahirkan Usahawan Baru Yang Berpengetahuan
  • Membantu Pengusaha Bumiputera Tempatan
  • Menjadi Pusat Pembekalan Dan Pemasaran Produk
  • Menjadi Pusat Latihan Usahawan